Wednesday, February 10, 2016

Surah 17 (91~100)

Bani Israil, dari ayat 91~100;


91. “Atau sehingga engkau mempunyai kebun dari kurma dan anggur, lalu engkau mengalirkan sungai-sungai dicelah-celahnya terpancar”.

92. “Atau sehingga engkau gugurkan langit, sebagaimana engkau kenakan atas kami, dengan berkeping-keping, atau sehingga engkau bawa Allah dan melaikat berhadapan”.

93. “Atau sehingga engkau mempunyai satu rumah dari emas, atau sehingga engkau naik keatas langit, dan kami tidak akan  percaya kepada kenaikan mu sebelum engkau turunkan atas kami sebuah kitab yang dapat  kami membacanya”.  Katakan lah; “maha suci Tuhan ku ! bukan kah aku ini, tidak lain melainkan seorang manusia yang diutuskan ?”

94. Tidak ada yang menegah manusia buat beriman tetakala datang kepada mereka pertunjuk, kecuali perkataan mereka: “apa kah  Allah telah mengutus seorang manusia sebagai Rasul ?”.

95. Katakan lah; “kalau ada dibumi melaikat yang berjalan-jalan sebagai penduduk nya, nescaya kami turunkan juga atas mereka dari langit seorang  malaikat yang sebagai utusan”.

96. Katakan lah; “cukuplah Allah sebagai saksi antara ku dan antara kamu, sesungguhnya adalah ia mengetahui dan melihat hal-hal hamba-hamba nya.

97. Dan barang siapa  Allah pimpin, maka ia itu terpimpin, dan barang siapa  ia sesatkan, maka engkau tidak akan dapati bagi mereka penolong-penolong selain dari dia, dan kami akan kumpulkan mereka pada hari kiamat dengan dihirit atas muka-muka mereka, hal keadaan mereka buta, bisu dan tuli, tempat tinggal mereka, ialah jahanam, tiap-tiap kali ia padam, kami tambahkan atas mereka api berjulang-julang.

98. Yang demikian itu, balasan bagi mereka, lantaran mereka tidak percaya kepada ayat-ayat kami, dan mereka berkata; “apakah kalau kita sudah jadi tulang dan reput, kita akan dibangkitkan sebagai  satu kejadian yang baru ?”.

99. Dan tidak mereka perhatikan, bahawa Allah yang membikin langit-langit dan bumi, berkuasa membikin seperti mereka, dan ia adakan bagi mereka ajal yang tidak ada syak padanya ? tetapi orang-orang zalim itu enggan, kecuali kekufuran.

100. Katakan lah; “jikalau kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhan ku, nescaya kamu tahan dia, lantaran takut habis dengan dibelanjakan, kerana adalah manusia itu bakhil”.
.
 .
 .
 .
Folowing twitter,
[] https://twitter.com/junknajid/status/697650369816494081





.

Surah 17 (81~90)

Bani Israil, dari ayat 81~90;


81. Dan katakanlah; “telah datang kebenaran dan telah lenyap kesalahan, sesungguhnya adalah kesalahan itu dilenyapkan”.

82. Dan kami turunkan dari Quran itu sesuatu yang jadi penawar dan rahmat bagi mukmin, tetapi tidak menambahkan bagi orang-orang zalim itu melainkan kerugian.

83. Dan apabila kami beri nikmat kepada manusia, berpalinglah ia, dan ia jauhkan dirinya, dan apabila kejahatan mengenai dia, adalah ia orang yang sangat berputus asa.

84. Katakanlah; “tiap-tiap orang beramal menurut tabiatnya, tetapi Tuhan kamu lebih mengetahui siapa yang lebih terpimpin perjalanan nya”.

85. Dan mereka akan bertanya kepada mu tentang roh, katakan lah; “roh itu urusan Tuhan ku, dan kamu tidak diberi ilmu melainkan sedikit”.

86. Dan jika kami mahu, nescaya kami akan hilangkan apa yang  kami telah wahyukan kepada mu, kemudian engkau tidak akan dapat penolong tentang itu, terhadap kami.

87. Tetapi satu rahmat dari Tuhan mu, sesungguhnya kurnia nya atas mu adalah besar.

88. Katakanlah; “jika berkumpul manusia dan jin buat membuat seperti Quran ini, mereka tidak akan boleh membuatkan nya, walau pun sebahagian dari mereka jadi pembantu bagi sebahagian nya.

89. Dan sesungguhnya kami telah ulang-ulangkan bagi manusia didalam Quran ini, tiap-tiap perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali kekufuran.

90. Dan mereka berkata; “kami tidak akan percaya kepada mu, sehingga engkau pancarkan bagi kami mata air dari bumi”.
 .
.
.
Following Twitter,
[] https://twitter.com/junknajid/status/697646125197623297






.

Surah 17 (71~80)

Bani Israil, dari ayat 71~80;


71. Ingatlah hari yang kami akan panggil  tiap-tiap manusia dengan nama iman mereka, maka barang siapa diberikan kitabnya ditangan kanan nya, mereka akan baca kitab mereka, dan mereka yang tidak dizalimi sedikit pun.

72. Dan barang siapa adalah didunia ini buta, maka diakhirat juga ia buta dan lebih sesat perjalanan nya.

73. Dan sesungguhnya hampir mereka fitnahkan  mu tentang apa yang kami telah wahyukan kepada mu, suapya engkau ada-adakan yang lain nya atas nama kami, dan kalau sudah bagitu, mereka akan jadikan mu kawan.

74. Dan jika tidak kami tetapkan mu, nescaya hampirlah engkau condong sedikit kepada mereka.

75. Kalau bagitu, nescaya kami akan rasakan kepada mu dua kali ganda kesusahan mati, kemudian engkau tidak akan dapat penolong terhadap kami.

76. Dan sesungguhnya hampir mereka hendak halau mu dari bumi Mekkah untuk mengeluarkan mu daripadanya, dan kalau bagitu, mereka tidak akan tinggal sesudah keluarkan mu, melainkan sebentar.

77. Bagitulah keadaan orang-orang yang kami telah utuskan sebelum mu daripada Rasul-Rasul kami, dan engkau tidak dapati perubahan bagi ketetapan kami.

78. Hendaklah engkau dirikan  sembahayang duduk gelincir matahari sampai klam malam, dan dirikan lah sembahayang subuh, kerana sesungguhnya sembahayang subuh itu, disaksikan.

79. Dan disebahagian waktu malam, hendaklah engkau sembahayang tahjud, sebagai sembahayang sunat untuk mu, supaya Tuhan mu akan bangkitkan mu disatu tempat yang terpuji.

80. Dan berdoalah; “Hai Tuhan ku ! masukkan daku dengan cara yang baik, dan keluarkan daku dengan cara yang baik, dan jadikanlah bagi ku disisi mu, satu keterangan menolong.
 .
.

Following Twitter,
[] https://twitter.com/junknajid/status/697644176108683264






.