Bani Israil, dari ayat 81~90;
81. Dan
katakanlah; “telah datang kebenaran dan telah
lenyap kesalahan, sesungguhnya adalah kesalahan itu dilenyapkan”.
82. Dan
kami turunkan dari Quran itu sesuatu yang jadi penawar dan rahmat bagi mukmin,
tetapi tidak menambahkan bagi orang-orang zalim itu melainkan kerugian.
83. Dan
apabila kami beri nikmat kepada manusia, berpalinglah ia, dan ia jauhkan
dirinya, dan apabila kejahatan mengenai dia, adalah ia orang yang sangat
berputus asa.
84.
Katakanlah; “tiap-tiap orang beramal menurut tabiatnya, tetapi Tuhan kamu lebih
mengetahui siapa yang lebih terpimpin perjalanan nya”.
85. Dan
mereka akan bertanya kepada mu tentang roh, katakan lah; “roh itu urusan Tuhan
ku, dan kamu tidak diberi ilmu melainkan sedikit”.
86. Dan
jika kami mahu, nescaya kami akan hilangkan apa yang kami telah wahyukan kepada mu, kemudian
engkau tidak akan dapat penolong tentang itu, terhadap kami.
87.
Tetapi satu rahmat dari Tuhan mu, sesungguhnya kurnia nya atas mu adalah besar.
88.
Katakanlah; “jika berkumpul manusia dan jin buat membuat seperti Quran ini,
mereka tidak akan boleh membuatkan nya, walau pun sebahagian dari mereka jadi
pembantu bagi sebahagian nya.
89. Dan
sesungguhnya kami telah ulang-ulangkan bagi manusia didalam Quran ini,
tiap-tiap perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali kekufuran.
90. Dan
mereka berkata; “kami tidak akan percaya kepada mu, sehingga engkau pancarkan
bagi kami mata air dari bumi”.
.
.
.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/1618mecca/6
Following Twitter, [] https://sites.google.com/site/1618mecca/6
[] https://twitter.com/junknajid/status/697646125197623297
.
No comments:
Post a Comment